Tuesday, 11 September 2012

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA

assalamualaikum....

         MAP sudah hampir seminggu berlalu.. kehidupan aku sebagai mahasiswi baru sahaja  bermula.. namun bahang cabaran kehidupan semakin terasa.. MAP kita tinggal kan dengan pelbagai kenangan pahit manis.. mana yang manis kita simpan, mana yang pahit kita jadi kan sempadan..
         Namun, nama baik asasi dicemari dengan anasir yang kurang menyenangkan.. segelintir bekas pelajar asasi menganggap bahawa MAP tidak perlu dihadiri.. namun, tindakan mereka ini telah membawa padah pada diri mereka dan pada nama baik asasi itu sendiri.. baru-baru ini, pelajar yang tidak hadir pada MAP, telah menyuara kan ketidak puasan hati mereka kerana dikenakan tindakan oleh pihak universiti.. mereka menyalahkan pelajar yang telah memberi nama mereka pada pihak LO dan melancarkan 'perang psikologi' ..  Tapi pada kami, itu semua tidak memberi kesan pada kami kerana pada kami, dengan memberi nama mereka kepada LO mampu menyelamat kan mereka dari mengulang kembali sesi MAP itu sudah memadai.. tindakan kami menunjukkan yang kami prihatan serta peka dengan keadaan sekeliling..
         Seharus nya, MAP menjadi satu medium untuk kita sebagai mahasiswi baru merasai kepenatan sebagai pelajar degree.. bukan dengan mengambil tindakan tidak menghadiri MAP.. mereka ini berasa marah dengan kami kerana alasan mereka, mereka mash lagi datang ke MAP denga menghadiri hari bersama fakulti.. itu sebenarnya tidak cukup.. percaya atau tidak. tindakan mereka ini diketahui oleh LO serta pihak LO mengetahui siapa dalam kalangan kita yang tidak menghadiri MAP.. jadi tidak perlu mengadi isu yang mereke itu tidak bersalah kerana terang lagi bersuluh yang anda tidak menghadiri MAP dengan status-status yang anda nyatakan  di laman-laman sosial seperti "SAYA BERBANGGA TIDAK MENYERTAI MAP SESI 2012/2013- LOVE UNIMAS" apakah itu tidak cukup membuktikan yang anda tidak menyertai MAP ?? status seperti "SWEET ESCAPE EARLY IN THE MORNING" nyata menunjukkan yang anda tidak menyertai MAP dan masih lagi ingin menyuarakan ketidak puasan hati anda pada kami ??
        Tidak kah anda terfikir bahawa tindakan anda itu sebenarnya memalukan diri sendiri dan memperbodoh kan diri sendiri ?? dunia unimas terlalu kecil untuk anda melarikan dir dari MAP.. dunia sosial yang luas mampu menjejak anda walaipun anda berapa di ceruk dunia sekalipun.. sedar lah wahai kawan.. kerana nila setitik inilah menyebabkan susu rosak sebelanga.. kerana mereka inilah yang menyebab kan nama  baik asasi busuk dimata pelajar lain.. malu tidak terkata dengan tindakan mereka ini.. akhir kalam.. sekian terima kasih

1 comment: