Sunday 12 January 2014

ADAKAH INI CINTA ??

Assalamualaikum ~~

29/5/2013
Detik perkenalan kami tatkala diberi tugas untuk bekerja bersama si dia. Bekerja di bawah bimbingan nya memberi seribu kenangan dan pengalaman. Pada awalnya, tiada apa keistimewaan dalam diri dia. Namun, hati ini terdetik tatkala diri nya sentiasa mengusik dan tak pernah putus-putus memencari idea untuk mengenakan aku buat aku berpaling sejenak melihat diri nya. Dia yang hanya insan biasa. Berkaca mata putih yang ketika itu merupaan Ketua Unit Protokol untuk majlis makan malam fakulti. Aku menilai dirinya dari sudut pandangan seorang pekerja. Seorang ketua yang berdedikasi, tapi kadang kala terlalu obses dengan kerja. Itu la dia Syamsul Adli Bin Zaharudin. Untuk kali kedua, hati ini terbuka kembali kepada insan bernama lelaki.

our 1st picture took from Dinner FCSIT 2012/2013

Hubungan kami berjalan seperti biasa. Ada masanya bergaduh, ada masanya berbaik semula. Makin lama kami berkenalan, semakin banyak yang aku tak tahu tentang dia. Hubungan kami bukanlah seperti kebanyakan pasangan lain. Susah untuk aku tafsirkan atas dasar apa hubungan ini. Yang pasti, kami BUKAN pasangan kekasih. Kami lebih selesa berkawan seperti ini. Berkongsi cerita seperti kawan lama. Dia merupakan guru terbaik dalam aku mengejar pengalaman sebagai seorang pelajar mahasiswa. Banyak ilmu pengetahuan yang telah dia turunkan untuk aku. Bermula dari seorang USHER dinner, sehinggalah kini sebagai PROJECT MANAGER event yang bakal aku kendalikan. Tipu lah seandainya tiada perasaan cinta buat dia. Perasaan itu ada, tapi untuk kebaikan bersama, aku lebih gemar memendam perkara ini jauh dalam sudut hati. Hakikatnya, dia juga tahu yang aku memang telah jatuh hati pada nya. Kami telah beberapa kali membincangkan isu ini, dan akhirnya, status itu tetap kekal sebagai KAWAN. Walaupun mungkin pada pandangan orang lain kami ibarat pasangan yang lain, hakikatnya TIDAK. 

Kami lebih selesa berstatus ini berbanding status KEKASIH. Kami percaya, seandainya itu ketentuan allah, berapa lama masa berkawan sekalipun, jodoh itu tetap ada. Kami tidak meletakkan sebarang harapan atas hubungan ini. Biarlah masa yang menentukan. 

31/1/2013
Tarikh ini membawa seribu kenangan dalam diri ini. Aku menghadiahkannya sehelai ridak yang ku beli khusus untuknya. Dia sukan akan hadiah itu. Namun, ada sepucuk surat dari hati yang kusampaikan kepada nya melalui hadiah itu. Surat yang menyatakan rasa hati ini. Untuk kali terakhirnya, aku mengambil keputusan untuk melepaskan dirinya. Azam tahun baru aku adalah untuk melepaskan segala perasaan sayang ku untuk dirinya. Saat aku menghulurkan hadiah tersebut, berat hati juga kerana sudah lama dia berada dalam hati ini. Namun, untuk kebaikan bersama, aku lepaskan perasaan itu supaya kurang rasa bebanan hati ini.

2014
Tahun ini berjalan seperti biasa. Aku melupakan kenangan lalu kami dengan menyibukkan diri sendiri. Final exam juga tiba dan aku tidak punya ruang untuk berfikir perasaan aku pada nya lagi. Namun begitu, hubungan kami masih lagi seperti biasa. Masing-masing menganggap tiada apa yang pernah berlaku sepanjang 2013. Aku juga malas untuk mengungkit kisah surat itu. Yang pentingnya, hati ini tertutup kembali untuk insan bernama lelaki. Aku melepaskan diri nya pergi bersama tahun 2013. Percaturan ALLAH maha adil. Aku percaya CINTA HIGH CLASS ku tetap akan menjelma. Semoga dirinya sentiasa bahagia. Dan aku berdoa dia sentiasa berjaya dunia akhirat. Dan aku percaya, andai dia takdirku, ALLAH tetap akan menyatukan kami. Kerana janji ALLAH itu pasti. Insya ALLAH ~~

DINNER FCSIT 2013/2014



here we're both together
The moment when we're sit and talk together

Monday 12 November 2012

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

assalamualaikum ~~

setelah sekian lama.. akhir nya tergerak juga nak menulis kat blog ni.. Dah makin berhabuk dah tak di update..

ermm.. by the way.. masuk hari ini.. dah hampir dua bulan aku bergelar mahasiswi. Sebenarnya, bukan mudah untuk tempuhi alam universiti ni dan bukan susah juga nak lalui nya. Semua benda dalam dunia ni tak ada yang di jadikan mudah untuk di tempuhi dan tak ada benda dalam dunia ni tak ada jalan penyelesaiannya. Ramai orang cakap yang dunia universiti sanagt mencabar. Memang betul. Itu tak dpat dinafikan. Orang kata, dunia universiti ni la tempat kita kenal dunia sebenar, tempat kita nk belajar bercinta, tempat kita nak cari jodoh, macam-macam lagi la. Tapi ingat, apa yang kita fikirkan tentang diri kita, itu lah yang akan mempengaruhi kita.

Kenapa saya kata macam tu?? Saya bagi contoh mengenai diri saya lah senang~~ Saya seorang pelajar di sebuah universiti nun di serawak. Pertama kali menjejakkan kaki, memang rasa sangat lain. Walaupun sebelum ini saya pelajar asasi di universiti yang sama, tapi perasaan masuk ke dunia mahasiswi sangat berbeza. Tawaran yang saya terima juga bukan calang-calang. Peratus calon bergraduat dari kos saya tidak lah seperti yang di bayangkan. Ramai senior kata yang kos saya ni sangat susah. Hampir setiap semesta, ada sahaja  pelajar yang terpaksa mengulang balik semesta mereka. Tipu la kalau saya kata yang tak  ada perasaan takut dalam diri.

Tapi saya tak pernah hiraukan apa yang orang lain kata. Pada saya, yang hanya mampu menilai sesuatu itu mestilah diri kita sendiri. Itu sebab saya kata yang apa yang kita fikirkan mengenai diri kita, itu yang akan mempengaruhi. Jangan kita mudah terpengaruh dengan kata-kata orang berkenaan sesuatu. Pada saya, selagi kita tak mencuba dahulu, masakan kita tahu akan sesuatu. Walaupun saya tahu yang tahap pengetahuan matematik saya tak lah sehandal orang lain, tapi, saya masih mahu mencuba dahulu dalam kos ini barangkali untuk semesta pertama ini sebelum saya membulat kan tekad untuk bertukar ke kos yang lain. Apa yang saya cuba nak sampaikan disini adalah, kita jangan lah terlalu cepat mengalah dalam sesuatu. Cuba dahulu sesuatu sebelum kita mengambil sebarang keputusan. Sebenarnya, kalau kita terlalu memikirkan keburukan sesuatu, keburukan itu yang akan mempengaruhi keputusan kita.

Jadi, kesimpulannya, sentasa berfikiran positif sumaya hidup kita sentiasa positif ~~


4 tahun lagi sya akan bergelar graduan UNIMAS .. insya allah masa itu, saya lengkap dengan jubah biru sekali. AMIN~~
LOVE FoCuSIT, LOVE UNIMAS  <3

Tuesday 11 September 2012

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA

assalamualaikum....

         MAP sudah hampir seminggu berlalu.. kehidupan aku sebagai mahasiswi baru sahaja  bermula.. namun bahang cabaran kehidupan semakin terasa.. MAP kita tinggal kan dengan pelbagai kenangan pahit manis.. mana yang manis kita simpan, mana yang pahit kita jadi kan sempadan..
         Namun, nama baik asasi dicemari dengan anasir yang kurang menyenangkan.. segelintir bekas pelajar asasi menganggap bahawa MAP tidak perlu dihadiri.. namun, tindakan mereka ini telah membawa padah pada diri mereka dan pada nama baik asasi itu sendiri.. baru-baru ini, pelajar yang tidak hadir pada MAP, telah menyuara kan ketidak puasan hati mereka kerana dikenakan tindakan oleh pihak universiti.. mereka menyalahkan pelajar yang telah memberi nama mereka pada pihak LO dan melancarkan 'perang psikologi' ..  Tapi pada kami, itu semua tidak memberi kesan pada kami kerana pada kami, dengan memberi nama mereka kepada LO mampu menyelamat kan mereka dari mengulang kembali sesi MAP itu sudah memadai.. tindakan kami menunjukkan yang kami prihatan serta peka dengan keadaan sekeliling..
         Seharus nya, MAP menjadi satu medium untuk kita sebagai mahasiswi baru merasai kepenatan sebagai pelajar degree.. bukan dengan mengambil tindakan tidak menghadiri MAP.. mereka ini berasa marah dengan kami kerana alasan mereka, mereka mash lagi datang ke MAP denga menghadiri hari bersama fakulti.. itu sebenarnya tidak cukup.. percaya atau tidak. tindakan mereka ini diketahui oleh LO serta pihak LO mengetahui siapa dalam kalangan kita yang tidak menghadiri MAP.. jadi tidak perlu mengadi isu yang mereke itu tidak bersalah kerana terang lagi bersuluh yang anda tidak menghadiri MAP dengan status-status yang anda nyatakan  di laman-laman sosial seperti "SAYA BERBANGGA TIDAK MENYERTAI MAP SESI 2012/2013- LOVE UNIMAS" apakah itu tidak cukup membuktikan yang anda tidak menyertai MAP ?? status seperti "SWEET ESCAPE EARLY IN THE MORNING" nyata menunjukkan yang anda tidak menyertai MAP dan masih lagi ingin menyuarakan ketidak puasan hati anda pada kami ??
        Tidak kah anda terfikir bahawa tindakan anda itu sebenarnya memalukan diri sendiri dan memperbodoh kan diri sendiri ?? dunia unimas terlalu kecil untuk anda melarikan dir dari MAP.. dunia sosial yang luas mampu menjejak anda walaipun anda berapa di ceruk dunia sekalipun.. sedar lah wahai kawan.. kerana nila setitik inilah menyebabkan susu rosak sebelanga.. kerana mereka inilah yang menyebab kan nama  baik asasi busuk dimata pelajar lain.. malu tidak terkata dengan tindakan mereka ini.. akhir kalam.. sekian terima kasih

Saturday 25 February 2012

DREAM HIGH

assalamualaikum ~~


semua orang ada impian masing-masing.. betul tak ?? aku sebenar nya baru ja habis kan maraton drama dream high.. drama ni sangat menarik dan banyak mesej yang dia cuba terjemah kan.. bagus untuk kita yang tengah belajar ni tengok drama yang berunsur kan macam tu... tak la 100 % asyik tengok drama cinta ja..


bila dah habis tengok cerita ni.. tiba-tiba aku terfiker.. apa impian aku sebenar nya?? betul ka aku memang nak jadi engineer?? atau aku ada impian lain sebenar nya?? dulu zaman kecil-kecil cita-cita aku memang nak jagi pilot.. aku nak jadi macam ayah aku.. berkhidmat untuk negara.. aku nak jadi seorang juruterbang wanita pertama yang bawa sukhoi jet.. tapi bukan rezeki aku nak capai impian tu.. 


dalam hidup ni..tak semua yang kita idam akan tercapai... aku selalu pegang kata-kata tu.. tapi kalau kita ada usaha.. impian tu tak mustahil tak tercapai... dalam drama ni.. mula-mula bukan impian dia nak jadi seorang entertainer.. tapi di atas percaturan kehidupan.. dia perlu menjadi entertainer... 


maksud aku kat sini.. andai percaturan kehidupan meletak kan kita pada posisi yang pada awal nya kita anggap mustahil untuk kita laksanakan... kita salah kalau kita menyerah... walau kita terpesong dari apa yang kita impikan.. yang penting kita tetap kan satu penanda aras untuk kita capai dalam kehidupan.. ibarat nya bila kita tersesat dalam hutan... kita tau, kalau kita tak cepat-cepat cari jalan keluar kita akan mati.. jadi apa goal yang kita letak adalah cari jalan macam mana nak keluar dari hutan tu... buat la apa cara sekalipun untuk pasti kan kita dapat keluar dari situ...


macam tu juga bila situasi meletakkan kita dalam keadaan yang kita rasa memang kita tak dapat nak buat sebenar nya.. letak kan satu goal.. and try harder nak capai goal tu... jangan pernah toleh ke belakang lagi apa yang dah kita buat dan apa yang telah kita pilih... walaupun kadang kala situasi tak berpihak pada kita.. sekurang-kurang nya kita dah berusaha... yang penting jangan pernah putus asa untuk berusaha..


p/s : good luck dalam menempuhi kehidupan...

Wednesday 15 February 2012

PERMATA YANG DI CARI

for the first time.. aku rase blog aku ni dh berhabuk lama aku tinggalkan... bukan apa.. nak post benda-benda yang berilmu.. aku tak la pandai sangat... kadang-kadang joules juga aku tengok blog mereka yang cantik dan peuh dengan ilmu yang nak di sampai kan...maybe blog aku ni lebih kepada diari dan isu-isu berkaitan diri aku..( lari dari topik jap ) ..


berkaitan dengan tajuk kita ni.. semalam ada la seorang mamat ni.. tiba-tiba dia hantar chat kat fb aku.. selama ni tak pernah pun dia nak hantar chat kat aku.. mula-mula aku layan jala dia macam biasa... macam aku layan kawan-kawan lelaki aku yang lain... tapi.. bila dia dah masuk bab-bab duniawi ni.. memang aku geli sikit.. direct ja aku cakap kat dia.. kalau nak benda-benda tu semua.. why not dia kahwin ja.. tak la berdosa.. alasan standard yang lelaki selalu bagi la.. mak ayah tak bagi green light lagi... lepas tu aku cakap la.. maybe mak ayah dia nak dia habis kan pelajaran dulu... yang aku cuba sampai kn kat dia adalah aku tak suka dia cakap benda-benda tu semua... sakit kepala aku eh...


yang terkesan kat hati aku.. cara dia cerita benda-benda tak senonoh tu macam la aku ni perempuan murahan... bila aku tanya dia minat kat aku ka sampai sanggup cerita benda-benda tu semua.. tak pulak kata suka.. aku jenis yang typical girl yang kalau kau suka kat aku.. masuk ja meminang.. pandai--pandai la ibu ayah aku nak nilai korang macam mana.. bila dah jadi macam nie.. aku cuba la sampai kan kat dia yang aku tak suka dia bercerita macam tu.. kalau nak betul.. kahwin jala... yang buat kan aku cop dia sebagai lelaki yang tak berani pegang tanggungjawab lagi.. dia berani cakap yang dia tak suka aku cakap pasal kahwin-kahwin nie... WHAT THE?? kau dah la cakap benda tak senonoh dengan aku.. dan dalam hukum pun dh cakap kan species macam kau ni sudah di harus kan untuk berkahwin... nak tunggu apa lagi ??


alih-alih malas aku nak layan dia lagi.. unfriend terus aku ... sorry la kawan.. kau telah d reject oleh aku... nama kau black list dah... aku ingat pernah ada someone cakap kat aku yang lelaki, cari lah seorang isteri yang biasa-biasa untuk membimbing nya.. dan wanita cari lah suami yang kuat pegangan agama nya kerana hati wanita ibarat lalang yang di tiup oleh sang bayu...sering berubah-ubah haluan nya.... aku tak cukup kuat untuk membimbing orang macam kau.. aku sendiri boleh kecundang.. cuma pendirian dan prinsip aku masih teguh lagi...


 aku juga mencari manusia bernama lelaki yang mampu membawa ku kejalan yang baik... aku ibarat zulaikha yang ingin kan seorang lelaki yang sempurna yang mampu memotong jari tanpa sedar ketika menghiris buah.. aku mencari sulaiman yang mampu membawa sang ratu balqis kembali kejalan yang di redhai... aku juga bukan seorang yang kuat untuk berjihad sendirian di jalan ALLAH.. aku memerlukan bantuan seorang ajnabi untuk membantu ku... itu adalah realiti hidup ~~


YA ALLAH... AKU MEMOHON KEPADA MU.. KURNIA KAN LAH INSAN YANG TERBAIK YANG KAU PILIH UNTUK BERADA DI SISI KU... AKU MENGHARAPKAN SEGALA NYA DARI MU YA ALLAH.. HANYA PADA MU KU MAMPU MEMOHON...amin...


p/s : aku mencari PERMATA dalam hamparan pasir pantai yang memutih... adakala nya ku sendiri boleh tersalah tafsir... ku ingat kan PERMATA..rupanya KACA yang mengaburi mata.. 



Sunday 8 January 2012

BERTERUS TERANG LAH ~~~

assalamualaikum....

pernah terfikir tak apa salah kita andai kawan kita tiba-tiba tak tegur kita langsung ??

perkara ni mesti akan berlaku dalam kehidupn kita kan ?? tipu la kalau aku cakap tak kan berlaku perkara macam ni... but for me.. jalan penyelesaian nya adalah berterus terang....

dalam persahabatan... of cause akan ada baik dan buruk nya.... pertama sekali bila berkawan, kita perlu terima kawan kita tu seada nya... baik atau buruk dia, terpulang pada kita nak terima dia macam mana....
cuma pada aku la... selagi perangai buruk dia tak menjejas kan siapa-siapa... let it be... at least la perangai buruk dia tu memang bahaya tahap dewa.... tu memang tugas kita sebagai kawan untuk ubah la....

kadang-kadang kita mesti akan terasa dengan perangai buruk kawan kita...tidak dinafi kan la ... yala, kesabaran manusia ada batas nya... cuma sikap berterus terang tu perlu dalam menjernih kan hubungan persahabatan tu sendiri.... andai la kan... takda ribut, takda taufan, tiba-tiba kawan kita tak tegur langsung dengan kita ?? WHAT THE ?? mesti kita rasa ape salah kita.... ye tak ??? lepas tu bila lalu sebelah kita buat-buat macam tak kenal... padahal dah lama kawan.... bila di tanya apa masalah, tak nak pula bagi tau... apa ingat kita ni tunggul kayu ???...

aku bukan apa la.... cuma aku memang tak faham dengan perangai yang macam ni... tiba-tiba menyepi...  cuba la cakap apa salah aku ???  yang buat aku makin panas hati... perbuatan dia buat kan kawan aku yang lain terasa hati kat dia.... aku tak suka betul kalau dia ada masalah dengan aku tapi libat kan orang lain... sekarang ni masing-masing jauh hati dah.... aku gak yang blur apa yang jadi... kan senag kalau berterus terang aja... tak la pening kan siapa-siapa.... tak la sakit kan hati siapa-siapa.... kalau ada yang salah mintak maaf ja la... bukan nya susah pun..... haila....

p/s : bukan nya susah pun nak berterus terang.... daripada kau buat tak tau.... makin teruk la benda ni jadi... faham.... harap-harap kau baca la .... aku tak refer masalah ni pada aku sorang ja... hal ni terjadi antara kita-kita... hope kau faham....

Thursday 5 January 2012

KRITIKAN SEBAGAI PENGAJARAN DALAM HIDUP

ok... that is our topic today... nak tau kenapa ??? meh sini aku cerita.....


Hidup kita sebagai pelajar.. of cause la akan sentiasa menerima kritikan tak kira la dari sesiapa pun....
but one of my classmate.. he cannot accept that thing... my lecture just bagi pandangan dia sebagai seorang tenaga pengajar.... but dia macam terasa hati la dengan pandangan lecture aku tu.... 


kami ada pengadakan pertandingan antara kelas...then, my lecture just tanya la siapa yang lead apa semua.... dan perkara yang sepatut nya tidak berlaku adalah... mereka yang join sekali pertandingan untuk wakil kelas kami tu turut mempersetujui bahawa classmate aku tadi yang mengetuai segala-gala nya ( kira diorang macam blame la classmate aku macam dia tu gila kuasa sangat ).... bila dah jadi macam ni.. classmate aku tadi terasa htai la dengan lecture aku tadi.... dengan alasan.. dia bukan nya lecture kelas ( kira macam guru kelas la ) nak kritik-kritik dia... dalam kepala aku time tu... dah dia tenaga pengajar kita... of cause la dia ada hak nak suara kan pendapat dia... yang kau nak terasa apa hal... betul tak ??


then, di sebab kan kejadian itu... classmate aku ni tadi nak membatal kan penyertaan kami.... masing-masing mula la kalut.... mula la nak pujuk classmate aku ni tadi.... then, kami buat perjumpaan... classmate aku ni mula la menyuara kan ketidak puasan hati dia.... yang aku memang tak boleh terima... diorang menganggap kritikan lecture aku tu macam hinaan.... padahal apa la sangat... bila dah macam ni... mula la ada yang nak back up classmate aku tadi... aku ??? aku no komen la sebab pada aku benda kecil ja tu... lepas tu... yang best nya... budak perempuan yang join pertandingan tu yang over back up classmate aku tu.... bodoh betul la... lepas tu kutuk lecture belakang-belakang.... korang tak fikir ka siapa yang curah kan ilmu kat korang ??
kalau korang tak puas hati sangat kat lecture tu... jumpa la dia... cakap la depan-depan.... ni nak emo-emo belakang-belakang... apa kes ??


baru kena kritik sikit dah nak touching gile-gile.... tu belum kena hentam time presentation lagi tu... mahu nya kau menagis kat situ juga... adoi la.... sepatut nya... bila dah jadi macam ni... amik la iktibar.... fikir la positif sikit.... " oo... lecture aku tak yakin pada aku... so, aku mesti buat yang terbaik "... sepatut nya macam ni... bukan nya give up sebelum berjuang.... ni baru kena  sikit dah merajuk... kalau perempuan aku consider lagi kot... masalah nya lelaki..... tak ke malu kaum lelaki..... 
adoi la.... fikir-fikir kan la ye.....




p/s : classmate=bukan nama sebenar... dia budak lelaki kelas aku....