setelah sekian lama.. akhir nya tergerak juga nak menulis kat blog ni.. Dah makin berhabuk dah tak di update..
ermm.. by the way.. masuk hari ini.. dah hampir dua bulan aku bergelar mahasiswi. Sebenarnya, bukan mudah untuk tempuhi alam universiti ni dan bukan susah juga nak lalui nya. Semua benda dalam dunia ni tak ada yang di jadikan mudah untuk di tempuhi dan tak ada benda dalam dunia ni tak ada jalan penyelesaiannya. Ramai orang cakap yang dunia universiti sanagt mencabar. Memang betul. Itu tak dpat dinafikan. Orang kata, dunia universiti ni la tempat kita kenal dunia sebenar, tempat kita nk belajar bercinta, tempat kita nak cari jodoh, macam-macam lagi la. Tapi ingat, apa yang kita fikirkan tentang diri kita, itu lah yang akan mempengaruhi kita.
Kenapa saya kata macam tu?? Saya bagi contoh mengenai diri saya lah senang~~ Saya seorang pelajar di sebuah universiti nun di serawak. Pertama kali menjejakkan kaki, memang rasa sangat lain. Walaupun sebelum ini saya pelajar asasi di universiti yang sama, tapi perasaan masuk ke dunia mahasiswi sangat berbeza. Tawaran yang saya terima juga bukan calang-calang. Peratus calon bergraduat dari kos saya tidak lah seperti yang di bayangkan. Ramai senior kata yang kos saya ni sangat susah. Hampir setiap semesta, ada sahaja pelajar yang terpaksa mengulang balik semesta mereka. Tipu la kalau saya kata yang tak ada perasaan takut dalam diri.
Tapi saya tak pernah hiraukan apa yang orang lain kata. Pada saya, yang hanya mampu menilai sesuatu itu mestilah diri kita sendiri. Itu sebab saya kata yang apa yang kita fikirkan mengenai diri kita, itu yang akan mempengaruhi. Jangan kita mudah terpengaruh dengan kata-kata orang berkenaan sesuatu. Pada saya, selagi kita tak mencuba dahulu, masakan kita tahu akan sesuatu. Walaupun saya tahu yang tahap pengetahuan matematik saya tak lah sehandal orang lain, tapi, saya masih mahu mencuba dahulu dalam kos ini barangkali untuk semesta pertama ini sebelum saya membulat kan tekad untuk bertukar ke kos yang lain. Apa yang saya cuba nak sampaikan disini adalah, kita jangan lah terlalu cepat mengalah dalam sesuatu. Cuba dahulu sesuatu sebelum kita mengambil sebarang keputusan. Sebenarnya, kalau kita terlalu memikirkan keburukan sesuatu, keburukan itu yang akan mempengaruhi keputusan kita.
Jadi, kesimpulannya, sentasa berfikiran positif sumaya hidup kita sentiasa positif ~~
![]() |
| 4 tahun lagi sya akan bergelar graduan UNIMAS .. insya allah masa itu, saya lengkap dengan jubah biru sekali. AMIN~~ LOVE FoCuSIT, LOVE UNIMAS <3 |
