Wednesday, 28 December 2011

PERLU KE KAHWIN AWAL ???

Ermm.. the moment aku tulis blog ni sebenarnya tengah nak get ready nak pergi kuliah.... tiba-tiba tangan gatal pula nak menaip...


Perlu ka seorang lelaki tu hadir dalam hidup kita ??? ayat ni selalu pop out dalam minda aku... yela zaman sekarang ni kan bila seorang perempuan tu tak ada pakwe... mula la gagau nak cari pakwe.... pastu bila perempuan tu lambat kahwin mesti jiran-jiran dok mula mengata... aku pun tak faham sistem kejiranan zaman sekarang ni.... 


Aku bukan apa... ok maybe la orang cakap kasih sayang tu fitrah... but aku pun masih tak faham kenapa couple tu haram ??? mungkin sebab mampu untuk meninbulkan maksiat.... tapi.. kadang-kadang aku pun terfikir la... kenapa orang yang kuat agama tu sendiri mesti kahwin awal ??? but still aku tak dapat terima alasan dorang yang bila dorng kahwin tu mampu mengelakkan masiat.... nak tau kkenapa?? sebab... yela.. dorang kan kuat agama... but kenapa mesti kahwin terlalu awal dengan menggunakan alasan yang sedemikian ?? sedang kan iman dan hati dorang terjaga dan terdidik dari pelbagai sudut... bende ni sekalaigus memboleh kan dorang mengawal nafsu doorang sendiri... ni tak... rata-rata yang ilmu agama tinggi mesti kahwin awal...


Contoh nya la.... ada la sorang jiran aku ni... anak dia dok kat mesir nun jauh...  budak medik lagi... umur pun lebih kurang aku ja.. dalam 20 tahun... tiba-tiba.. dapat berita dah kahwin dengan kawan sekuliah sendiri....
tak kisah la dorng kahwin atas dasar apa... tapi macam aku sendiri la kan... cita-cita pun tak mampu nak kejar lagi dah mampu ambil risiko nak berumah tangga... tak penat ka ?? aku bukan nak kritik ka apa ka... cuma pada aku la... why not seorang wanita tu bina dulu kejayaan diri... then baru fikir secara mendalam hal-hal  rumah tangga....


Tipu la kalau aku cakap aku tak nak kahwin... semua orang nak merasai alam perkahwinan tu... cuma nya cepat atau lambat ja.... apa yang perlu kita ada sebelum kahwin perlu kita lengkap kan... dari segi agama sangat penting... but jangan lupa dari segi harta juga.... kita wanita ni juga perlu buat persediaan dari sudut ini... lelaki zaman sekarang ni pun bukan kita boleh percaya....  andai la satu hari nanti ditakdir kan rumah tangga kita tak bertahan lama... kita mampu untuk berdiri atas kaki sendiri... tak la hundred percent bergantung pada husband ja... merempat la kita....


Tapi mahu di ingat di sini... yang paling penting dalam hidup kita sudah semestinya iman kita....
sebelum kahwin tu pasti kan dahulu yang iman kita benar-benar kukuh dari segala sudut baru la fikir siapa jodoh kita.... ALLAH sendiri dah tentukan siapa jodoh kita... tak payah la kita nak pening-pening fikir siapa la bakal suami or isteri kita... yang penting hati perlu di jaga....


P/S : target aku kahwin 27 tahun.. time tu aku dah ada rumah dengan kereta sendiri... hal-hal keluarga semua dah setel baru aku pening kena cari jodoh .... hahahahaha