Saturday, 22 October 2011

LOVE LIKE THIS

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)

Monday, 17 October 2011

bila marah menguasai diri.....

assalamualaikum...
ok... kali ini aku nak cerita la... ada la seorang ni... dia kawan aku.... tapi aku tak tau apa masalah dia...
nak kata masalah tu berat tak la sangat... biasa saja... mungkin dia tak dapat terima apa yang aku katakan kot...
dan aku rasa dia x dapat terima perangai aku kot... erm... salah aku la kot sebab berkasar dengan dia...
maksud aku kata-kata aku.... entah la... aku cuma tak puas hati la... kenapa dia nak komen pasal aku lebih-lebih... walhal aku sendiri tak kata apa-apa pun... jadi sekarang ni aku mengambil pendekatan mendiamkan diri sahaja.... malas aku nak fikir hal dia... :)

Saturday, 15 October 2011

bila cinta itu tidak lagi bermakna......

assalamualaikum.....
aku bukan alien yang kau boleh main-main kan..... dan aku juga bukan patung yang kau boleh buat tak tahu perasaan aku.... kenapa kau buat aku macam ni ???? kenapa kau tak pernah nak faham perasaan aku ??? 

ini adalah ayat-ayat standard untuk mereka yang frust bercinta..... erm... aku bukan apa la... nak kata aku tak pernah bercinta... pernah... cuma mungkin tak selama mereka yang bercouple bagai nak rak tu kan.... ok firstly aku bukan jenis yang suka berkepit 24 jam... dan aku juga jenis yang cepat bosan... sorry to say la yang aku sebenarnya susah nak percaya pada lelaki.... bila aku dengar cerita kawan-kawan yang dah bercouple ni kan... aku jadi rimas tahap gaban tau..... lagi-lagi bila aku tengok dia orang berkepit 24 jam.... rasa macam hidup langsung tak ada freedom... haila... tak pening ke ????


ok.. kadang-kadang ada juga aku terfikir...perlu ke kita bercouple ni ???  bila aku fikir-fikir balik kan... tanpa couple ... mesti tak lengkan pengalaman dalam hidup ni kan ???  then.. aku pun ubah la mind setting aku tentang couple ni.... ( panjang nya la aku merepek )

sebenarnya... aku nak cerita fasal seorang mamat ni.... ( balik semula pada tajuk post aku kali ni )
aku memang suka dia gila-gila..( ceh! hiperbola betul )... tapi macam aku cakap tadi la... aku ni cepat bosan... bukan apa.. makin aku kejar dia... makin banyak aku nampak kelemahan diri dia.... memang la everybody not perfect.. tapi bila dah masuk bab solat pun buat tak buat kan... siapa yang berkenan ??? jahat-jahat aku ni pun tak la tinggal solat selalu.... biasa la tu... tapi masalah nya mamat ni.. dia solat jumaat pun kadang-kadang escape... haila... lepas tu.. biasa la lelaki ni... playboy abis heheheh... ( banyak nya aku merungut fasal mamat ni...) bukan apa... makin aku explore perbadi mamat ni...  makin banyak aku jumpa scandal diri dia....
akhir nay... aku telah membuat keputusan.... HANIN NADWAH ... SILA LUPAKAN SEGALA - GALANYA TENTANG MAMAT TU ( bukan nama sebenar ) .... now.. i got the freedom back ... hahahahhahaha.....

p/s : picture di atas tiada kena mengena dengan cerita aku.... terima kasih...